Sunday, February 21, 2010

Tupperware Membership

Hye..
Untuk pendaftaran hanya rm60...dan anda akan dapat starter kit seperti di bawah..

Dan setiap ahli baru berpeluang utk memilih salah satu pakej yang disediakan seperti di bawah.....




Ada lagi satu pakej yang tak dpt di letakkan kerana masalah teknikal..Will update soon...

Friday, February 19, 2010

Jemputan Party Tupperware..

Jemputan party Tupperware pada hari Ahad 21hb Februari 2010 di alamat No 14 Jalan Meranti 6b,Fasa 3,Bandar Utama Btg Kali pukul 10pg..Setiap kehadiran akan dpt hadiah dr kami...Call 0193980621 Junaidah utk maklumat lanjut...

Wednesday, February 3, 2010

Tupperware in the news..this February!

Hey..look out in the news this February...!!!


'Her World Magazine Pg 136'



'StarTwo Lifestyle Pg T11'

Tuesday, January 26, 2010

Leny mulakan langkah pertama...



"BAGI mengelak penggunaan polisterin LENY Masayu Miskimin akan memastikan makanan yang dibeli di kedai 'dibungkus' menggunakan bekas yang dibawanya sendiri.


Oleh:Mariatul Qatiah Zakaria

"SEBAGAI seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan kemusnahan alam sekitar yang berlaku hari ini, saya turut rasa bertanggungjawab untuk menyelamat serta memelihara bumi daripada terus musnah."

Itulah unggapan pertama yang keluar daripada mulut Leny Masayu Miskimin, 34, apabila ditanya mengenai peranan beliau dalam membantu kemusnahan alam yang dilihat semakin 'tenat' ketika ini.

Sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah kolej swasta di ibu negara, Leny Masayu yang lebih mesra dengan panggilan Ayu menjelaskan bahawa satu pendekatan perlu dilakukan dalam usaha memastikan pencemaran udara, air dan alam sekitar tidak berleluasa pada tahap yang membimbangkan.

Dengan itu, pendekatan yang diambil ibu kepada empat orang cahaya mata ini adalah dengan menggunakan bekas-bekas yang bebas daripada bahan-bahan kimia dan toksik.

Meninjau kediamannya yang terletak di kawasan Ampang, ternyata apa yang dikatakan adalah benar kerana tidak terdapat sebarang plastik atau pun bekas-bekas plastik yang digunakan untuk kegunaan harian.

Kesemua barang makanan serta minuman ditempatkan di dalam bekas yang diiktiraf oleh Food & Drug Administration & Japan Polyolefin Hygienic Assocoation Standart (FDA).

Dengan erti kata lain, produk keluaran Tupperware menjadi pilihan Ayu sekeluarga kerana ia terjamin dan selamat.

"Sememangnya saya diasuh daripada kecil agar tidak mengamalkan penggunaan barangan yang diperbuat daripada plastik yang mampu menjejaskan kesihatan.

"Ini kerana ibu saya juga amat menitik beratkan hal-hal berkaitan dan daripada dulu lagi keluarga saya menggunakan produk Tupperware,'' ujarnya.

Jika di rumah Ayu sering menyimpan makanan di dalam bekas yang bebas daripada bahan kimia, ia turut menjadi amalan seharian apabila membeli makanan di luar (kedai).

Betul-betul mengamalkan 'katakan tidak pada beg plastik (Says No To Plastic Bag) serta menyokong kempen hijau, Ayu tidak pernah berasa malu untuk membawa bekas dari rumah ketika membeli makanan di luar.

Ini sekali gus membuktikan bahawa Ayu sekeluarga sememangnya memboikot penggunaan barangan plastik.

"Terus terang saya katakan bahawa penggunaan bekas-bekas yang bebas daripada bahan kimia memang dapat membantu alam sekitar.

"Bayangkan sekiranya usaha saya sekeluarga mampu mengurangkan kemusnahan alam sekitar, bagaimana sekiranya ia turut dilakukan bersama-sama oleh semua penduduk dunia?

"Apabila ramai yang mula sedar mengenai hal ini tidak mustahil satu hari nanti kita mampu menjadikan dunia bebas daripada plastik atau plastik sifar,'' tambahnya.

Bagaimana pun jelas Ayu, pelbagai usaha harus dilakukan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya bekas-bekas yang diperbuat daripada bahan kimia bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada kesihatan diri.

Apa yang perlu dilakukan adalah untuk tempoh jangka masa panjang selain menggalakkan lebih ramai lagi masyarakat menggunakan bekas-bekas yang berkualiti tetapi bebas daripada bahan kimia.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan wanita di dalam penjagaan alam sekitar, menurut Ayu, ia merupakan satu kebenaran apabila wanita dilihat lebih prihatin mengenai hal-hal tersebut.

Bukan menidakkan penglibatan kaum Adam dalam penjagaan alam sekitar tetapi menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini, wanita dilihat lebih sensitif mengenai hal-hal berkaitan alam sekitar jika dibandingkan dengan lelaki.

Untuk itu hari ini dilihat pelbagai syarikat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlumba-lumba mengadakan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti penjagaan alam sekitar termasuk pengeluaran produk mesra alam sekitar dan aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Sebenarnya, sikap dan tabiat manusia terutama masyarakat di negara ini merupakan titik penting untuk menyelamatkan bumi bagi kehidupan manusia pada generasi akan datang.